`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Cuci lantai Masjidil Haram: Azmin dipuji, namun Ummi Hafilda kata ‘cukup-cukuplah berlakon’

 

Menteri Kanan Azmin Ali memuatnaik gambar di Facebook yang menunjukkan beliau ‘menyumbang sedikit khidmat dan tenaga’ mencuci lantai Masjidil Haram. (Gambar Facebook Azmin Ali)

PETALING JAYA: Gambar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali mencuci lantai Masjidil Haram di Mekah mendapat pujian di luar negara, namun lain reaksinya dari ahli keluarga beliau.

Rombongan Arab Saudi memberi tepukan apabila melihat gambar itu dibentangkan pada dialog melibatkan dua negara itu di Jeddah, kata Duta Malaysia ke Arab Saudi, Abdul Razak Abdul Wahab.

Beliau berkata, gambar yang tular sejak dua hari lalu menjadi tumpuan dalam mesyuarat delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan dua kementerian kerajaan Arab Saudi.

“Gambar itu menjadi slaid pertama dalam pembentangan Kementerian Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, yang disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan,” kata beliau kepada kepada Berita Harian.

Bagaimanapun di tanah air, adik Azmin, iaitu Ummi Hafilda, mempersoalkan keikhlasan abangnya itu memuat naik gambar itu.

“Sedangkan kamu menteri paling kanan, bukan pencuci lantai. Itu belum lagi bab ekonomi hancus hancai. Ramai pelabur besar lari ke Jakarta. Apa cerita?

“(Pergi) bersihkan kubur arwah mak, tu lagi bagus. Lagi afdal. Cukup-cukuplah berlakon berpuluh tahun,” kata Ummi di Facebook.

Dua beradik itu dilaporkan berseteru sekian lama.

Kelmarin, Azmin yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Arab Saudi, memuat naik gambarnya membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid suci itu yang dipenuhi air susulan hujan lebat selama beberapa jam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.