`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Bumbung laluan pejalan kaki roboh dibadai ribut, hempap 15 kenderaan

 

Beberapa gambar menunjukkan runtuhan bumbung yang menghempap kenderaan yang diparkir di tempat kejadian tular di laman sosial. (Gambar Facebook)

IPOH: Sebanyak 15 kereta dilaporkan rosak akibat dihempap bumbung laluan pejalan kaki yang roboh dalam kejadian ribut di kawasan parkir, Jabatan Pesakit Luar Hospital Teluk Intan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada 4.20 petang itu.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan seperti pecah cermin hadapan kereta serta kesan kemek di bahagian bonet beberapa kereta berkenaan.

“Bumbung sepanjang 30m telah roboh dilanda ribut kencang ketika hujan lebat. Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa gambar menunjukkan runtuhan bumbung yang menghempap kenderaan yang diparkir di tempat kejadian juga tular di laman sosial. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.