`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Cubaan seludup 680 paket minyak masak ketika waktu berbuka gagal

 

Kotak berwarna coklat berisi minyak masak bersubsidi yang ditemui dalam salah sebuah van. (Gambar Facebook KPDNHEP Kelantan)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya mematahkan cubaan menyeludup 680 paket minyak masak bersubsidi ke Thailand, ketika umat Islam sedang berbuka puasa semalam.

KPDNHEP Kelantan dalam kenyataan berkata, rampasan kira-kira 7.15 malam itu dilakukan selepas tiga van dalam keadaan mencurigakan dikesan diparkir di luar sebuah rumah di Taman Rantau Baru Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas van itu menemui sejumlah kotak berwarna coklat mengandungi 680 paket minyak masak bersubsidi dianggarkan seberat 4,080kg.

Bagaimanapun, pemilik ketiga-tiga van itu gagal dikesan.

“Modus operandi penyeludupan ini ialah menggunakan van persendirian dengan mendapatkan bekalan minyak masak dari luar Kelantan.

“Ia disimpan di sebuah rumah transit sementara sebagai tempat pengumpulan, seterusnya diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram.”

KPDNHEP Kelantan berkata, nilai rampasan minyak masak bersubsidi itu berjumlah RM10,200 dan tiga van itu dianggarkan bernilai RM21,000.

Kes itu disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.