`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 13, 2021

Ahli Parlimen guna gaji sebulan, 9 hari bina rumah bagi warga emas

 

Steven Sim bergambar dengan Uncle Ah Hock di luar rumah baharunya. (Gambar Twitter)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menggunakan wang sendiri untuk membina rumah baharu dalam sembilan hari bagi seorang warga emas yang tinggal di rumah usang tanpa bekalan elektrik atau air selama bertahun-tahun.

Sim berkata, lelaki uzur berusia 75 tahun itu yang hanya dikenali sebagai “Ah Hock” tinggal di rumah daif dan usang dengan bumbung bocor serta tiada tandas.

Oleh itu, katanya, beliau terpaksa menakung air hujan untuk mandi dan membuang air kecil dan besar di semak berhampiran.

Keadaan rumah papan Uncle Ah Hock yang usang dan daif. (Gambar Twitter)

“Dia sudah tak berupaya bekerja. Makan minum ihsan jiran yang rata-ratanya orang Melayu,” tulisnya di Twitter.

Wakil rakyat DAP itu berkata, rumah baharu warga emas itu berjaya disiapkan dalam masa sembilan hari.

Uncle Ah Hock hidup tanpa bekalan air dan elektrik serta tiada tandas dalam rumahnya. (Gambar Twitter)

“Sudah ada elektrik, pili air. Uncle tak perlu hidup dalam gelap, ambil air hujan lagi.”

“Ahad lalu, kami ‘celebrate’ rumah baru dengan makan stimbot. Uncle kata kali terakhir dia makan stimbot pada ‘zaman (penjajahan) Jepun’. Semoga uncle hidup lebih selesa selepas ini.”

Beliau menyeru mereka yang mahu menderma kepada Ah Hock supaya berbuat demikian di pusat khidmatnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.