`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 26, 2021

Ahmad Maslan ‘terkejut’ Tajuddin dipecat, harap jadi iktibar

 

Ahmad Maslan berkata, beliau menghormati keputusan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz menamatkan perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Ahmad Maslan meluahkan rasa simpati dan terkejut terhadap pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun menghormati keputusan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan berharap apa yang telah berlaku dijadikan iktibar.

“Kita sebagai manusia tiada yang sempurna, saya hormati keputusan menteri kewangan saya cuma nak menyatakan rasa simpati.

“Saya hormati dua tokoh itu Datuk Seri Tajuddin dan Tengku Zafrul, saya harap perkara memberikan kita satu hikmah dan iktibar agar dapat menjadi panduan di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi FMT.

BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.