`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 11, 2021

Bekas atlet Olimpik negara, Asirvatham Victor meninggal dunia

 

Bekas pelari 400m Olimpik negara, Asirvatham Victor meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Bekas pelari 400m Olimpik negara, Asirvatham Victor meninggal dunia hari ini pada usia 81 tahun selepas mengalami sesak nafas.

Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) S M Muthu berkata, atlet olahraga kelahiran Ipoh itu yang mempunyai sejarah penyakit jantung, dibawa ke Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum meninggal dunia di situ.

“Mendiang ada sejarah masalah jantung dan pagi tadi mengalami kesukaran bernafas sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya kepada Bernama.

Menurut Muthu, mendiang sebelum ini menjalani pembedahan pintasan jantung dan mengalami beberapa komplikasi serta dimasukkan ke hospital.

Sementara itu adik iparnya, Anthony Thomas, 57, berkata mayat mendiang dibawa ke rumah adik perempuannya di Jalan Wayang, Buntong di Ipoh untuk penghormatan terakhir.

“Mendiang akan disemadikan di Tambun Catholic Cemetery esok,” katanya.

Menurut Anthony, mendiang yang lazimnya ceria dalam kalangan keluarga dan rakan, berubah menjadi agak pendiam selepas menjalani pembedahan itu.

Asir Victor yang memulakan karier sebagai pelari selepas peristiwa beliau mengejar juara pelari pecut sekolah yang mengambil kotak penselnya pada 1948, menyertai acara pecut 400m dalam tiga Sukan Olimpik iaitu Tokyo (1964), Mexico (1968) dan Munich (1972).

Antara pencapaian lainnya ialah memenangi 14 pingat emas dalam Sukan SEA bagi bagi acara 400m dan 4x400m serta mewakili negara pada Sukan Komanwel 1962 dan 1966, selain turut berjaya membawa pulang empat pingat perak daripada temasya Sukan Asia 1962, 1966, 1970 dan 1974. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.