`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 4, 2021

Covid-19 di Istana Kehakiman, semua kes rayuan ditangguh

 

Seorang timbalan pendakwa raya dijangkiti Covid-19 manakala rakan setugas yang menjadi kontak rapatnya kini dikuarantin.

PUTRAJAYA: Semua rayuan jenayah di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ditangguhkan sehingga 12 Mei selepas seorang timbalan pendakwa raya (TPR) dari Pejabat Peguam Negara dijangkiti Covid-19, kata sumber.

Timbalan pendakwa raya lain dari bahagian rayuan dan perbicaraan yang menjadi kontak rapatnya turut dikuarantin.

“TPR lain dari bahagian itu diminta bekerja dari rumah selepas menjalani ujian,” kata sumber kepada FMT.

Menurutnya, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Manoj Kurup pada 1 Mei telah menghantar e-mel kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk meminta Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusof menangguhkan semua prosiding rayuan sehingga minggu depan.

“Perkara itu dipersetujui pentadbir mahkamah berkenaan,” kata seorang pegawai mahkamah kepada FMT semalam.

Beliau sebelum itu ditanya mengapa semua kes rayuan di kedua-dua mahkamah itu dikeluarkan daripada senarai.

Difahamkan, prosiding rayuan hanya akan disambung semula pada 17 Mei iaitu selepas cuti Aidilfitri.

FMT telah cuba menghubungi Terrirudin untuk mendapatkan maklum balas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.