`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 12, 2021

Guru, wanita hamil kes indeks kluster baharu di Sabah

 

Masidi Manjun berkata, JKNS merekodkan 70 kes positif baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif 59,073 kes. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesan dua kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Kebagu di sini serta Papar dan Kluster Tanjong Kapor di Semporna melibatkan kes indeks guru dan wanita hamil, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Beliau berkata bagi Kluster Kebagu kes indeks adalah seorang guru wanita, 53, di Sekolah Kebangsaan Kebagu yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan bergejala di klinik swasta pada 3 Mei lepas.

“Saringan kontak dilakukan antaranya terhadap 281 orang termasuk guru, kakitangan serta pelajar di sekolah terbabit.

“Semua ujian saringan dilakukan mengesan jumlah kes kluster itu setakat ini sebanyak 15 kes,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Masidi berkata Kluster Tanjung Kapor setakat ini melibatkan lapan kes dengan kes indeks seorang wanita warganegara berusia 31 tahun yang hamil 27 minggu dikesan pada 9 Mei lepas di Hospital Semporna.

Beliau berkata wanita itu mengalami kekejangan otot di bahagian bawah abdomen telah dibawa ke hospital itu namun ujian saringan dilakukan mendapati wanita itu positif Covid-19.

Saringan kontak rapat menemukan tujuh isi rumah wanita itu positif Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata JKNS telah merekodkan 70 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini yang menjadikan jumlah kumulatif 59,073 kes.

“Kes kematian hari ini membabitkan tiga kematian di daerah Papar, Kinabatangan dan Tawau.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh adalah 56 dan menjadikan jumlah kumulatif seramai 57,917 orang.

“Seramai 576 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 239 orang di hospital dan 337 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.