`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 23, 2021

Hanya tinggal 4 zon kuning di Semenanjung

 

Seramai 449,234 daripada keseluruhan 505,115 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,199 orang meninggal dunia akibat virus itu. (Gambar Facebook Noor Hisham Abdullah)

PETALING JAYA: Hampir semua daerah di Semenanjung kini berada dalam zon merah Covid-19 dan hanya tinggal empat sahaja zon kuning, manakala sembilan lagi dalam zon jingga.

Menurut infografik situasi semasa pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 dikeluarkan Kementerian Kesihatan di Twitter, empat daerah zon kuning Covid-19 di Semenanjung ialah Sik di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Kemaman, Terengganu dan Rompin, Pahang.

Sembilan lagi daerah kini berada dalam zon jingga ialah Perak Tengah dan Kampar di Perak; Tampin, Negeri Sembilan; Mersing, Johor; Maran serta Cameron Highlands di Terengganu dan Pahang.

Bagaimanapun, daerah dalam kategori zon hijau dilihat makin bertambah di Sabah kepada lapan iaitu Sipitang, Tambunan, Nabawan, Pitas, Kota Marudu, Tongod, Telupid dan Beluran, masing-masing mencatatkan sifar kes Covid-19.

Di Sarawak hanya tinggal tiga sahaja daerah berada dalam zon hijau Covid-19 iaitu Kabong, Marudi dan Telang Usan, manakala dua sudah berada pada zon jingga iaitu Tatau dan Bau.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 6,320 kes baharu Covid-19 dan 50 kematian, manakala 4,694 pesakit pulih.

Ia menjadikan hari keempat berturut-turut jumlah jangkitan harian melepasi 6,000 kes.

Seramai 449,234 daripada keseluruhan 505,115 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,199 orang meninggal dunia akibat virus itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.