`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 16, 2021

Kerajaan Sabah akan bincang bina semula rumah musnah di Kg Meruntum

 

Shahelmey Yahya (kanan) meninjau perkampungan atas air di Kampung Meruntum, Putatan yang terbakar dalam kebakaran petang semalam.

PUTATAN: Kerajaan Sabah akan membincangkan pembinaan semula 35 rumah di Kampung Meruntum, di sini, yang musnah dalam kebakaran semalam, selepas semua “urusan awal” diselesaikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Shahelmey Yahya berkata, “urusan awal” itu termasuk pendaftaran mangsa serta bantuan yang bakal diagihkan kepada mereka.

“Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi tindakan susulan sewajarnya.

“Buat masa ini, kita fokus kepada urusan pendaftaran, kemas kini data supaya apa juga bantuan yang akan diberikan, dapat disalurkan kepada mereka.

“Kalau mengikut SOP, mereka boleh ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selama tiga hari, tetapi kita bersedia untuk lanjutkan tujuh hari lagi,” katanya selepas meninjau lokasi kebakaran itu hari ini.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, 62 mangsa ditempatkan di PPR Serigai dan 19 lagi di Dewan Keramat.

Pagi tadi, APM Sabah mengesahkan 221 mangsa daripada 45 keluarga terjejas akibat kebakaran itu kira-kira 5.30 petang semalam yang memusnahkan 35 rumah di perkampungan atas air berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.