KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Kundasang, Ranau, pada 8.42 malam tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan gempa itu berlaku 13km di barat pekan Ranau.
Katanya, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain di Ranau.
Bulan lalu, Ranau dilanda tiga gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada 18 April, diikuti 2.7 pada skala Richter keesokannya dan bermagnitud 2.5 pada 23 April lalu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkaitan kejadian itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.