`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 9, 2021

Langgar SOP, tapak niaga trak makanan jambatan angkat diarah tutup

 

Tapak perniagaan trak makanan di jambatan angkat Terengganu diarah tutup tujuh hari selepas berlaku pelanggaran SOP. (Gambar Facebook)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan tapak perniagaan trak makanan di jambatan angkat ditutup selama tujuh hari selepas gagal mematuhi SOP.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, berkata penutupan bermula hari ini hingga 15 Mei itu berkuat kuasa bawah Seksyen 18 (1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Notis perintah tutup premis telah dikeluarkan bagi tujuan menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit di lokasi terbabit.

“Arahan penutupan susulan satu operasi bersepadu yang dijalankan malam tadi melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri bersama polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),” katanya ketika dihubungi Bernama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.