`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 29, 2021

MITI: Grafik senarai sektor dibenar beroperasi sepanjang ‘total lockdown’ palsu

 

Semalam tular beberapa grafik mengenai senarai sektor dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ susulan pengumuman pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang akan bermula 1 hingga 14 Jun ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan kesahihan grafik mengenai senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 hingga 14 Jun 2021 seperti yang tular di media sosial.

MITI menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang grafik senarai sektor yang dimaksudkan.

Kementerian itu, sebaliknya berkata senarai sedemikian akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Orang ramai dinasihati merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari semasa ke semasa.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.