`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 19, 2021

Pekerja Myanmar ditahan pukul pengurus sehingga mati

 

Lelaki Myanmar itu ditahan di belakang kawasan perumahan Bandar Seri Pengkalan, Pusing, pada 6.15 petang semalam dan direman enam hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pekerja Myanmar yang disyaki memukul pengurusnya menggunakan kayu sehingga maut di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Batu Gajah, dekat Ipoh, Perak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian kira-kira 8 pagi itu disedari seorang lagi pengurus syarikat itu yang menjumpai Kew Nam Wang, 52, mengalami kecederaan dan pendarahan di kepala.

“Kejadian itu disaksikan dua lelaki rakan senegara suspek dan menurut mereka, suspek berumur 23 tahun itu mengambil sebatang kayu di tempat kejadian untuk memukul mangsa di bahagian belakang kepala.

“Mangsa terus terjatuh ke atas lantai dan mengalami pendarahan di kepala, manakala suspek melarikan diri dengan menaiki basikal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia kira-kira 8.35 malam berikutan pendarahan di dalam otak, retak tempurung kepala dan patah tulang tengkuk.

Susulan itu, polis menahan suspek di belakang kawasan perumahan Bandar Seri Pengkalan, Pusing, pada 6.15 petang semalam dan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.