`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 10, 2021

Pelayar asing dibenar tinggal di Malaysia hingga 31 Dis dengan syarat

 

Sehingga hari ini, kira-kira 138 pelayar asing dikesan Jabatan Imigresen berlabuh secara sah di sekitar perairan negara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, pelayar asing dengan Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dibenarkan terus tinggal di Malaysia sehingga akhir tahun ini, dengan syarat mereka perlu mendapatkan pas itu di pejabat imigresen berdekatan.

Beliau berkata, pemohon perlu menyerahkan surat pengesahan kedutaan masing-masing serta surat sokongan daripada pengusaha atau pemilik marina di mana mereka berlabuh.

Katanya, Jabatan Imigresen sudah memaklumkan pengusaha dan persatuan marina tempatan mengenai tindakan yang perlu diambil pelayar asing bagi membolehkan mereka terus tinggal dan berlabuh di marina selepas 21 April lalu.

Sehingga hari ini, kira-kira 138 pelayar asing dikesan Jabatan Imigresen berlabuh secara sah di sekitar perairan negara.

“Namun, terdapat juga dalam kalangan pelayar asing ini yang berlabuh secara haram dan mereka bakal berdepan tindakan undang-undang agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.

Sebelum ini, warga asing dengan PLS tamat tempoh perlu meninggalkan Malaysia sebelum atau pada 21 April dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka menghadapi tindakan undang-undang.

Khairul Dzaimee pada 21 April lalu mengumumkan warga asing dengan PLS tamat tempoh perlu memohon pas khas bagi membolehkan mereka terus berada di negara ini, sementara menunggu penerbangan pulang ke negara asal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.