`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 12, 2021

Peniaga lesap RM18,350 kena tipu bomoh dakwa boleh bantu kutip hutang

 

Mangsa mendakwa dia menyerahkan gelang emas dan wang kepada suspek atas dasar percaya memandangkan suspek semakin kerap datang ke kedainya.

KUANTAN: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM18,350 selepas terpedaya dengan seorang wanita yang kononnya ejen kepada bomoh berkebolehan membantunya mengutip hutang bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa berkenalan dengan suspek dikatakan berasal dari Sarawak pada 16 April lepas di kedai kosmetiknya di sini.

“Mangsa mendakwa hubungan mereka semakin rapat apabila sering bertemu sehingga dia menceritakan masalah hutang yang dihadapinya dengan seorang lelaki yang tidak menjelaskan bayaran selepas mengambil barang.

“Suspek dikatakan memberitahu mangsa bahawa dia mengenali seorang bomoh dan mengajaknya untuk berubat bagi melembutkan hati pemiutang itu supaya segera memulangkan wang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membayar RM1,500 secara tunai pada 15 April lepas, sebagai upah kepada bomoh itu disusuli dengan pelbagai bayaran lain termasuk menyerahkan seutas gelang tangan emas sehingga jumlah besar RM18,350.

Mangsa mendakwa dia menyerahkan gelang emas dan wang kepada suspek atas dasar percaya memandangkan suspek semakin kerap datang ke kedainya, selain dijanjikan bahawa barang kemas dan sebahagian daripada wang itu akan dipulangkan selepas tamat ‘proses perubatan’, katanya.

“Mangsa mendakwa dia mula berasa curiga apabila orang yang berhutang dengannya masih tidak menjelaskan bayaran selepas hampir sebulan berubat, menyebabkan dia mula meminta suspek memulangkan semua gelang dan wang miliknya.

“Bagaimanapun suspek dikatakan bukan setakat enggan berbuat demikian, malah mengugut mangsa untuk menghantar santau dan memberitahu telah meletakkan bungkusan kain berwarna kuning dan merah dalam kedai mangsa.

“Mangsa yang bimbang dengan ugutan itu, telah mencari bungkusan kain itu dan apabila dibuka, mendapati ia hanya berisi cebisan kotak,” katanya.

Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.