`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 8, 2021

Umno tentukan tindakan lanjut jika tiada PRU15 selepas Ogos, kata Tajuddin

 

Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata Umno tidak akan mendesak supaya menyegerakan PRU15 ketika negara terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

PASIR SALAK: Umno akan menentukan tindakan seterusnya selepas Ogos ini jika pada waktu itu tiada pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak boleh diadakan kerana Covid-19 belum reda.

Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata parti itu menetapkan Ogos ini sebagai tempoh akhir memberikan sokongan dan kerjasama kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kita menetapkan Ogos ini sebagai tamatnya (sokongan) Umno dan PN, dan berharap Parlimen akan dibubarkan (untuk PRU15) tetapi ia seandainya keadaan mengizinkan iaitu Covid-19 sudah reda, darurat ditarik balik barulah PRU.

“Kalau kes terus meningkat, waktu itu kita akan pertimbangkan semula, apa yang perlu dibuat dan tempoh berapa lama,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, Umno tidak akan mendesak supaya menyegerakan PRU15 ketika negara terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Katanya, Umno akur dalam situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini dan akan terus membantu rakyat.

“Sementara ini kita akur dengan keadaan wabak ketika ini tetapi terus prihatin dan bantu rakyat,” katanya.

Justeru, katanya, Umno menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa ia hanya berpolitik tanpa hiraukan rakyat ketika pandemik.

“Kita tak mungkin dapat semua ini (pembangunan) kalau Umno asyik politik saja, kita buat kerja untuk rakyat dan negara, (melakukan) pembangunan untuk rakyat dan (membela) nasib rakyat.

“Banyak orang tuduh kita nak politik saja. Bukan kita abaikan (nasib rakyat ketika pandemik) dan dalam keadaan Covid-19 sekarang takkan nak ada PRU, pemimpin Umno bukannya tiada otak (tetapi) kita akan gunakan pemikiran waras dalam keadaan ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.