`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 2, 2021

2 maut, 3 parah selepas van bawa pengawal keselamatan terbalik

 

Keadaan van membawa sembilan pengawal keselamatan warga Nepal yang terbabas sebelum terbalik di Jalan Stulang Laut, Johor Bahru. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor)

JOHOR BAHRU: Dua maut termasuk seorang pengawal keselamatan warga Nepal, manakala tiga lagi parah selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Stulang Laut, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, van membawa sembilan pengawal keselamatan warga Nepal itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan seorang daripada mangsa tercampak dari van berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Suhaimi Abd Jamal berkata, seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, manakala seorang lagi mangsa korban ialah penumpang hadapan yang tercampak keluar. 

“Tiga mangsa cedera parah dan lima lagi cedera ringan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Suhaimi berkata, 12 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhimatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan van jenis Toyota Hiace itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan mayat mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.”

Beliau berkata, pihaknya menamatkan operasi pada 9.30 pagi tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.