`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 30, 2021

Isu tanah Bagan Tiang: SPRM Perak akan panggil beberapa individu

 

Pada 22 Jun lalu Ketua Pemuda PKR negeri Muhamad Hairul Amir Sabri membuat laporan di pejabat SPRM Perak, antara lain meminta siasatan ke atas sebuah syarikat yang berjaya memperoleh kelulusan untuk tanah itu, sedangkan ia baru ditubuhkan September tahun lepas namun kelulusan pemberian tanah pula diberikan dua bulan kemudian.

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak akan memanggil beberapa individu berhubung dakwaan pemberian sebidang tanah kerajaan di Bagan Tiang, Parit Buntar kepada sebuah syarikat.

Pengarah SPRM Perak, Mohd Fauzi Mohamad, berkata mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat, untuk pelaksanaan projek ternakan udang itu.

“Antara saksi yang bakal dipanggil termasuk daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), serta pejabat daerah dan tanah untuk memberikan keterangan berhubung laporan dilakukan Pemuda PKR Perak, sebelum ini.

“Kita juga sudah mengambil keterangan daripada pengadu pada hari aduan dilakukan, dan kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 22 Jun lepas, Ketua Pemuda PKR negeri Muhamad Hairul Amir Sabri membuat laporan di pejabat SPRM Perak, yang antara lain meminta siasatan ke atas sebuah syarikat yang berjaya memperoleh kelulusan untuk tanah itu, sedangkan ia baru ditubuhkan September tahun lepas namun kelulusan pemberian tanah pula diberikan dua bulan kemudian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.