`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 29, 2021

Disyaki pecah masuk pejabat, 6 lelaki warga asing diberkas

 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, berkata siasatan awal mendapati empat daripada warga asing itu mengaku melakukan pecah pejabat di sebuah premis di kawasan Kuchai Entrepreneurs Park Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga asing kerana disyaki terlibat kejadian pecah masuk pejabat di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, berkata semua warga asing berusia 23 hingga 35 tahun ditahan kira-kira 7 malam berdasarkan rakaman analisis CCTV kes pecah masuk pejabat di kawasan itu.

Beliau berkata, pada mulanya polis menahan seorang warga asing berumur 23 tahun yang dilihat dalam keadaan mencurigakan berdekatan pondok pengawal di sebuah kondominium di kawasan berkenaan.

Lelaki itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah dalam kondominium terbabit dan lima lelaki warga asing ditemui berada di ruang tamu rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati empat daripada lima lelaki warga asing di rumah berkenaan mengaku melakukan pecah pejabat di sebuah premis di kawasan Kuchai Entrepreneurs Park Kuala Lumpur.

Menurutnya, semua suspek ditahan sehingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.