`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 22, 2021

3 direman bantu siasatan berhubung kes rasuah penguat kuasa lindungi judi haram

 

Mahkamah Majistret Tawau membenarkan perintah reman tujuh hari ke atas tiga individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah penguat kuasa melindungi kegiatan judi haram. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga individu termasuk dua wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah penguat kuasa melindungi kegiatan judi haram di Tawau.

Majistret Dzul Elmy Yunus mengeluarkan perintah reman, yang bermula semalam hingga 27 Jun, selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di Tawau hari ini.

Semua suspek berumur antara 23 hingga 57 tahun itu ditahan 11 pagi semalam di sebuah premis di Bandar Tawau, lapor Bernama.

Kes disiasat bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Semalam dilaporkan SPRM menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguat kuasa di sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya.

Turut ditahan dua suspek wanita masing-masing berumur 23 dan 57 tahun.

Penahanan itu dilakukan di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan judi haram sejak tahun lalu.

Ketika serbuan, SPRM turut merampas wang tunai RM40,000 dan menyita empat akaun bank bernilai lebih RM300,000 disyaki hasil kegiatan judi haram.

Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy dilaporkan berkata, beberapa tangkapan susulan berkaitan kes itu akan dilakukan tidak lama lagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.