`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 26, 2021

Ahli perniagaan Malaysia ditemui mati dalam kereta di Thailand

 

Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih hidup. (Gambar Pixabay)

BANGKOK: Seorang ahli perniagaan dari Malaysia dijumpai mati dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah kuil di Bang Phli di wilayah Samut Prakan.

Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih hidup.

Katanya penduduk tempatan menghubungi polis pada Jumaat petang.

“Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Polis turut menjumpai arang yang sudah terbakar di dalam kereta berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambah beliau, isteri mangsa membuat laporan di balai polis Bang Phli pada Jumaat pagi berhubung kehilangan suaminya.

Media tempatan melaporkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sekurang-kurangnya tujuh atau lapan jam sebelum mayatnya ditemui.

Penduduk tempatan menghubungi polis selepas mendapati kereta itu berada di kawasan tempat letak kereta berhampiran kuil berkenaan sejak Khamis malam.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel admin@befrienders.org.my. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.