`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 22, 2021

Apakah Sebabnya Fatah Di Tebing Barat Tiada Sengketa Dengan Israel Tetapi Hamas (Muslim Brotherhood) Di Gaza Sudah 4 Kali Perang Dengan Israel?

Ok sekarang al kisah yang sebenarnya sudah jelas - Hamas (Muslim Brotherhood atau Ikhwan Muslimin) sekarang berjihad untuk duit.  Hamas mengancam jika mereka tidak dapat duit maka mereka akan menembak roket sekali lagi.

Mereka langsung tiada sebut lagi pasal nasib penduduk Sheikh Jarrah atau Masjid Al Aqsa. 

Yang mereka sangat risau adalah pasal duit - US$30 juta atau RM120 Juta. Banyak juga duit yang depa dapat.

Ini sedikit beritanya :


Hamas rejects compromise to use money to directly fund UN projects in Gaza 


  • on Mon Hamas leader Yahya Sinwar said talks with United Nations failed
  • meeting with UN delegation thorough and they listened 
  • discouraged Sinwar briefed reporters on failure of talks with UN  
  • concern that cash payments used to rebuild Hamas military 
  • Hamas rejects compromise to use money to directly fund UN projects in Gaza  
  • Hamas to escalate tensions unless US$30 million transferred 

Muslim Brotherhood atau Ikhwan Muslimin yang menjadi 'mentor' di Qatar sudah dapat duit US$30 Juta untuk di salurkan kepada Hamas - cabang mereka di Gaza.

Pihak Israel (dan juga Mesir) tidak setuju bahawa duit yang banyak itu diberi direct kepada Hamas (Muslim Brotherhood).  

Pihak Israel, Mesir dan juga United Nation lebih rela duit US$30 Juta itu disalurkan direct kepada penduduk Palestin di Gaza menerusi projek pembangunan yang akan dikendalikan oleh United Nations.  Bukan oleh Hamas (Muslim Brotherhood).

Pihak Israel dan Mesir khuatiri jika duit itu sampai ke tangan Hamas maka mereka akan mengunakan duit itu untuk membeli senjata, buat roket, membina terowong gerila untuk bersengketa dsbnya. 

Tentu sekali Hamas tidak setuju. Hamas mahukan duit itu datang terus ke dalam tangan mereka. Sebabnya adalah paling mudah difahami - duit itu adalah duit mereka ia itu duit Muslim Brotherhood (Ikhwan Muslimin). Pengaruh Muslim Brotherhood di Qatar telah berjaya salurkan duit US$30 juta itu kepada Hamas ia itu cabang Muslim Brotherhood di Gaza. Duit US$30 juta itu adalah duit mereka. 

Takkan Muslim Brotherhood dan Hamas setuju menyerah duit mereka sendiri kepada United Nations atau Israel atau Mesir. No way.

Kita perlu faham bahawa pertubuhan PLO atau Palestine Liberation Organisation dipimpin oleh Yasser Arafat dulu telah mentadbir Tebing Barat dan Gaza sejak tahun 1994.  PLO dan Yasser Arafat adalah anak watan Palestin. Perjuangan mereka adalah untuk membela anak watan Palestin.

Pada tahun 2004 Yasser Arafat meninggal dunia. Sebelum itu Muslim Brotherhood yang telah diharamkan di Mesir sebagai kumpulan teroris telah menyusup masuk ke Gaza yang memang mempunyai sempadan dengan Mesir. 



Pada pilihanraya Gaza tahun 2004 Muslim Brotherhood yang mula gunakan nama Hamas telah mengambil alih kuasa di Gaza. 

Maka berlakulah pembunuhan ramai di Gaza, Islam bunuh Islam, yang dicetuskan Ikhwan Muslimin dan juga Fatah.  Pada 2006 sahaja lebih 600 orang Palestin telah terbunuh di Gaza, majoritinya dibunuh oleh Ikhwan Muslimin (Hamas) dan juga oleh Fatah. 

The Fatah–Hamas conflict (Arabic: النزاع بين فتح وحماس‎ an-Nizāʿ bayna Fataḥ wa-Ḥamās) is a conflict between the two main Palestinian political parties, Fatah and Hamas, resulting in the split of the Palestinian Authority in 2007. 

The reconciliation remains unfinalized and the situation is deemed as a frozen conflict.

The Palestinian Independent Commission for Citizens' Rights has found that over 600 Palestinians were killed in the fighting from January 2006 to May 2007. Dozens more were killed or executed in the following years as part of the conflict.

Jadi apakah perbezaan besar antara Fatah dan Hamas?

Fatah di Tebing Barat mewakili perjuangan jati penduduk Palestin. Perjuangan Fatah adalah perjuangan watan Palestin, untuk tanah Palestin oleh anak watan Palestin.

Hamas pula walaupun berpangkalan di Gaza tetapi sebenarnya mewakili ideologi Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood. Hamas adalah "anak-syarikat" Ikhwan Muslimin. 

Walaupun Hamas bertapak di Gaza dan majoriti penyokong mereka adalah orang Palestin tetapi ideologi perjuangan Hamas adalah lebih luas daripada Gaza. Hamas memperjuangkan ideologi Ikhwan Muslimin.

Maka sebab itu Yahya Sinwar, pemimpin Hamas/Ikhwan Muslimin di Gaza tidak bangkitkan lagi isu penduduk Sheikh Jarrah (di Jerusalem) atau Masjid Aqsa untuk menuntut duit US$30 Juta itu. 

  • Padahal pada mulanya Yahya Sinwar pemimpin Hamas telah ungkitkan isu nasib penduduk Sheikh Jarrah dan Masjid Al Aqsa sebagai alasan untuk memulakan sengketa menembak roket pada 11hb Mei, 2021.  
  • Tetapi sekarang Yahya Sinwar mengancam untuk mulakan tembak menembak roket sekali lagi jika dia tidak dapat duit US$30 juta itu. 


Apa sudah jadi dengan membela nasib penduduk Sheikh Jarrah dan Masjid Al Aqsa?


Jadi pertubuhan al Fatah (sekarang diketuai Mahmoud Abbas) yang mentadbir Tebing Barat tidak mengambil pendekatan untuk menembak roket dengan Israel yang bakal mengancam nyawa dan harta rakyat Palestin. Pemikiran dan perjuangan mereka lebih mementingkan keselamatan nyawa anak-watan Palestin. 

Sebaliknya, Hamas pula adalah anak syarikat Ikhwan Muslimin yang beribu pejabat di entah mana (sekejap di Mesir, sekejap di Qatar, sekejap di Turkey, sekejap di London, sekejap di Switzerland, dan entah mana lagi).  

Maksudnya percaturan politik (juga disebut "perjuangan") Ikhwan Muslimin lebih luas daripada kepentingan Gaza atau orang Palestin.

Jadi jika Ikhwan Muslimin rasa perlu untuk korbankan nyawa penduduk Palestin di Gaza - atas alasan "jihad seantero dunia" - maka akan terkorbanlah orang Palestin di Gaza. 

Tetapi apakah mereka terkorban untuk perjuangan Palestin atau untuk perjuangan Ikhwan Muslimin? 

Jadi kepada tuan-tuan yang memang tak faham apa pun dan tak tahu apa pun, tuan-tuan ingin duduk dibelah yang mana satu? 

Elok fikir baik-baik ya.  Untuk membantu tuan-tuan buka minda sikit sila perhatikan sedikit firman Allah swt dan juga ajaran Rasul kita, seperti yang berikut:


Surah 7:27 (sebahagian) : 

"Sesungguhnya ia (Syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu penjuru yang kamu tidak boleh melihat mereka."

So be careful. You dont know where the syaitan is hiding. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.