`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 14, 2021

Bayi dalam kotak ‘dibuang’ di pondok bas

 

Bayi perempuan ditinggalkan dalam kotak di pondok bas berhampiran SMK Felda Sri Sendayan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan dibungkus dengan tuala dan diletakkan dalam kotak di pondok bas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim, berkata bayi dianggarkan berusia dua hari itu ditemui seorang pekerja pembersihan di sekolah tersebut pada 11.58 pagi tadi.

“Bayi perempuan itu dijumpai di sebuah perhentian bas berhadapan SMK Felda Sri Sendayan. Ia ditemukan dalam keadaan sihat dan dianggarkan baru berusia dua hari.

“Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan tersebut tampil memberi maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012 7778789.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengesan ibu kepada bayi berkenaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.