`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 17, 2021

Dr Mansour Abbas, Pemimpin Arab Palestin Jadi "Timbalan" Perdana Menteri Israel, Mengancam Kedudukan Hamas Dan Fatah

 Israel mempunyai bilangan penduduk hampir sembilan juta orang. Daripada jumlah ini hampir dua juta penduduk atau 22% adalah orang Arab Palestin.

Ramai orang tidak tahu bahawa walaupun peratusan Arab Palestin di Israel hanya 22% tetapi : 

  • 35% daripada doktor perubatan Israel adalah keturunan Arab Palestin.  
  • 24% daripada semua jururawat  di Israel berketurunan Arab Palestin.  
  • 47% daripada pharmacists di Israel berketurunan Arab Palestin.

Sejak beberapa dekad orang Arab Palestin yang menjadi warganegara Israel telah rajin menceburi sektor perubatan negara itu sehingga mereka berjaya 'dominate' dalam perkhidmatan kesihatan terutama sekali sebagai doktor dan pharmacists.

Gambar di bawah ini menunjukkan para doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan Arab Palestin yang bertugas di hospital di Israel.  Seperti di kebanyakan negara maju, kerjaya dalam bidang kesihatan (doktor, dentist, jururawat) mendapat gaji dan pulangan yang lumayan.




Salah seorang daripada doktor keturunan Arab Palestin di Israel adalah Dr Mansour Abbas, 47 tahun yang berkelulusan dentistry atau doktor gigi daripada Hebrew University di Jerusalem (Baitul Maqdis). 




Dr Abbas juga adalah pemimpin Ra'am sebuah parti politik Arab Palestin di Israel yang baru ini telah memenangi empat kerusi di Parlimen Israel (yang disebut Knesset - "Keneset"). 

Parlimen Israel hanya mempunyai 120 kerusi. Pada pilihanraya 23 March 2021, parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hanya menang 30 kerusi dan gagal membentuk kerajaan. 

Oleh kerana tiada parti yang berjaya menangi majoriti yang cukup untuk menubuhkan Kerajaan maka beberapa buah parti politik Yahudi terpaksa menubuhkan 'coaltion government' atau 'kerajaan gabungan'. 

Walaupun parti Arab Palestin Ra'am hanya menangi EMPAT kerusi tetapi beberapa parti Yahudi lain telah menjemput parti Ra'am untuk membentuk kerajaan.



Maka  Dr Mansour Abbas daripada parti Ra'am pun menyertai Kabinet Israel dengan memegang jawatan 'Menteri di Pejabat Perdana Menteri' yang juga ditafsirkan sebagai 'timbalan perdana menteri' atau 'deputy prime minister'.

Perdana Menteri baru Israel adalah Naftali Bennet.

 



He split with other Palestinian politicians who prefer to remain outside government and cast aside differences with Bennett and other right-wingers to tip the scales against Netanyahu.

But his presence is a potentially destabilising factor. He has been criticised by Palestinians for agreeing to support an Israeli government while Israel continues to occupy the Palestinian territories.

Addressing these tensions, Abbas told the Italian daily La Repubblica on Friday: “There will be difficult decisions to be made, including security decisions. We have to juggle our identity as Palestinian Arabs and citizens of the State of Israel, between civil and nationalistic aspects

Abbas said he wants to focus on several issues that will benefit Arab society, including the housing crisis and municipal status for unrecognized localities in the Negev. He also wants to reverse, or at least temporarily suspend, a law that facilitates the demolition of primarily Arab homes built in violation of code. To join the government Ra’am secured promises of $16.3 billion for economic development, fighting violence and organized crime in Arab society, and fixing infrastructure in Arab cities and towns. Three unrecognized Bedouin villages will also be legalized.

OSTB : Walaupun terdapat beberapa parti Arab yang lain di Israel dan mereka pernah menangi kerusi Parlimen tetapi selama ini tidak ada sebarang parti Arab yang sanggup menyertai mana-mana Kerajaan majoriti Yahudi di Israel.  Mereka memilih untuk menjadi pembangkang.

Maka tindakan oleh Dr Mansour Abbas untuk menyertai Kerajaan majoriti Yahudi diketuai Nefteli Bennet itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan parti politik Arab Palestin di Israel.

Yang lebih penting ialah reaksi penduduk Palestin di West Bank (Tebing Barat) pimpinan Mahmud Abbas (Fatah) serta penduduk Palestin di Gaza yang dikawal oleh Hamas (Ikhwan Muslimin).    

Jika Dr Mansour Abbas berjaya  sebagai Menteri dalam Kabinet Israel dan juga berjaya membela nasib rakyat Arab Palestin di Israel ia berpotensi  memberi kesan yang besar kepada 'keunggulan'  Fatah dan Hamas sebagai pejuang dan pembela rakyat Palestin keseluruhannya. 

'Inna mun-thazhirun' - 'Sesungguhnya kami (pun) menunggu'.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.