`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 21, 2021

Enggan buat ujian Covid-19, polis jejak penduduk sampai rumah

 

Polis dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) pergi dari rumah ke rumah bagi memastikan penduduk melakukan ujian Covid-19 di balai raya Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

PETALING JAYA: Enggan menjalani ujian Covid-19 menyebabkan polis terpaksa menjejaki penduduk sehingga ke rumah mereka.

Polis dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berbuat demikian bagi memastikan penduduk melakukan ujian itu di balai raya Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Ujian di balai raya itu diadakan selama dua hari sejak semalam dengan hanya 690 penduduk berbuat demikian sehingga ditutup 2 petang tadi daripada 1,000 yang dikenalpasti untuk menjalani ujian.

Antara alasan diberikan penduduk yang tidak mahu menjalani ujian adalah mereka bukan kontak rapat, tidak bergaul dan tidak keluar rumah.

Ujian itu dilakukan berikutan terdapat 11 orang daripada beberapa keluarga didapati positif Covid-19 selepas mereka dikatakan menziarahi kematian di Telemong, Hulu Terengganu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seberang Baruh, Mohd Junaidi Long, berkata pihaknya sudah menjangkakan tidak semua akan memberi kerjasama dan meletakkan sasaran hanya 700 orang daripada jumlah dikenal pasti akan keluar menjalani ujian itu.

“Hari pertama sambutan agak baik iaitu seramai 398 orang, tetapi pada hari ini sambutan dingin iaitu hanya sekitar 50 orang sahaja yang keluar menyebabkan polis terpaksa campur tangan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, sebilangan besar penduduk memberi alasan bukan kontak rapat, tidak bergaul dan tidak keluar rumah menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak menjalani ujian berkenaan.

“Tindakan yang diambil pihak berkuasa dengan pergi dari rumah ke rumah penduduk dilihat berkesan bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 di kampung berkenaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.