`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 12, 2021

Jangan salah faham pelaksanaan sanitasi awam, kata Zuraida

 

Zuraida Kamaruddin.

AMPANG: Semua pihak diingatkan supaya tidak salah faham dengan usaha dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam melaksanakan sanitasi awam sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, pelaksanaan sanitasi awam itu juga bukan semata-mata untuk mencegah penularan Covid-19 sebaliknya turut membunuh kuman lain bagi memastikan persekitaran masyarakat yang bersih.

“Isu sanitasi awam mungkin ada yang salah faham, bomba menjalankan proses sanitasi awam juga untuk membunuh segala kuman, jadi jangan disalah faham, yang kita buat (bukan) untuk hapus kuman Covid-19 sahaja,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja koordinasi sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah.

Zuraida berkata, kerja sanitasi awam di kawasan berisiko dibuat sebagai satu cara untuk memastikan persekitaran masyarakat yang bersih untuk masa hadapan.

Sebelum ini, pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman menggambarkan operasi sanitasi awam itu yang diadakan di 284 lokasi di seluruh negara sebagai pembaziran sumber daya yang terhad.

Adeeba yang juga anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sumber yang ada boleh digunakan untuk perkara seperti peralatan perlindungan peribadi (PPE), alat bantuan pernafasan dan makanan untuk para sukarelawan.

Pada April, pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Malina Osman turut dilaporkan berkata sanitasi hanya perlu dilakukan berdasarkan penilaian risiko di suatu kawasan.

Susulan kenyataan itu pegawai Zuraida, Nor Hizwan Ahmad, secara lantang dan terbuka menegur Dr Adeeba sambil meminta pakar kesihatan terbabit memberi fokus kepada Selangor, yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi setiap hari.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata seramai 73 sukarelawan seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di tempatkan di PPV Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah bagi membantu memudahkan dan mempercepat program vaksinasi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.