`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 21, 2021

Ketuanan UNHCR Lebih Kebal Daripada Ketuanan Melayu

 Susulan daripada apa yang saya telah sebut semalam berkenaan masalah UNHCR, sahabat karib saya Norman Fernandez telah menghantar link artikel berikut yang di tulis oleh beliau pada 23 Mac, 2021 (Sinar Harian) mengenai masalah besar itu. 

Berikut adalah pandangan sdr Norman Fernandez:



UNHCR lindungi pelarian, hantar pulang, penempatan semula di negara ketiga

Sejarah UNHCR di Malaysia mula susulan perang Vietnam 1975

Malaysia benarkan UNHCR buka pejabat - 46 tahun UNHCR di Malaysia

sudah sampai masa Malaysia kaji semula kedudukan UNHCR 

sama ada masih perlu atau menutup pejabatnya

UNHCR menjadi ‘kerajaan dalam kerajaan’ atau ‘KDN Untuk Pelarian’ 

Januari 2021, 178,710 pelarian (berdaftar)

Rohingya paling ramai 102,350 orang 

Rohingya 56,000 (2017) kepada 101,584 (2020)

(OSTB :  Penambahan 50,000 Rohingya dalam tiga tahun. Siapa bagi mereka masuk? Saya suspect mesti terlibat rasuah dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi yang telah 'tutup mata sebelah' dan memberi laluan tikus bagi kemasukan Rohingya. Terima kasih kepada pemimpin rasuah - termasuk haramjadah Kluster Mahkamah. Dan pemimpin rasuah itu masih dipilih oleh pengundi Melayu. So this is another Malay problem. Jangan salahkan orang lain ok.)

Sepatutnya UNHCR menempatkan pelarian ke negara ketiga
Jan-Julai 2020 UNHCR mampu menempatkan 317 Rohingya di negara ketiga
fokus utama UNHCR mengeluarkan kad UNHCR bagi pelarian tetap di Malaysia

  • Kad UNHCR setaraf Kad Pemastautin Tetap (MyPR) cukup kebal untuk pelarian
  • UNHCR mengatakan Kad UNHCR tidak akan ditarik balik 
  • Betapa kebalnya kad UNHCR!
  • UNHCR tidak mahu penguat kuasa M'sia hadir semasa proses kad UNHCR
  • kerajaan M'sia tidak tahu jumlah sebenar pemegang kad UNHCR 
UNHCR telah menyimpang jauh daripada tujuan asal
UNHCR memastikan M'sia jadi negara penempatan pelarian
mendorong pelarian terus datang ke Malaysia

  • Campur tangan UNHCR dalam urusan dalaman kita semakin menjadi-jadi 
  • UNHCR berani suarakan tidakpuasan tidak dibenar meninjau pusat pelarian

Malaysia tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab untuk pelarian 

sudah sampai masa M'sia bersikap tegas dengan UNHCR

* Norman Fernandez ialah seorang pengamal undang-undang

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/129775/Fungsi-UNHCR-sudah-menyimpang

OSTB : Tuan-tuan jangan takut. Melayu takkan hilang di dunia selagi ada Syed Akbar Ali dan Norman Fernandez membela nasib-nya.

Sebab saya melihat walaupun Menteri KDN Hamzah Zainuddin telah bangkitkan masalah besar ini tidak ada siapa pun antara "champion-champion Melayu" yang buka mulut untuk menyokong kenyataan oleh Menteri KDN kita.  What is wrong with you people? 

Tuan-tuan sudah lupa ke, kes tahun sudah di mana video Rohingya kutuk orang Melayu jadi viral ?   

Dalam negara kita ada pendekar yang berani berjihad syahid untuk mencari lelaki lembut yang memakai baju wanita. Ada pula yang berani membuat 'period check' (haid datang bulan) anak-anak perempuan di sekolah. Berani sungguh mereka ini.

Tetapi bila pertubuhan asing menghina kedaulatan negara kita sendiri tidak ada siapa pun yang bangkit menentangnya. What is wrong with you?

Saya setuju dan sokong kita suruh UNHCR tutup pejabat mereka dan keluar sahaja dari negara kita. 46 tahun dia duduk "free" dalam negara kita. Kemungkinan besar sewa pejabat mereka ditanggung oleh duit kita. 


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.