`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 25, 2021

Langgar SOP solat Jumaat, 13 jemaah dikompaun RM19,500, masjid RM10,000

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata daripada 34 jemaah itu pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun sebanyak RM1,500 setiap seorang. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Seramai 13 individu yang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kedah hari ini dikompaun keseluruhan berjumlah RM19,500 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata bertindak atas maklumat awam, tiga pasukan pemantauan Op Covid-19 bersama satu pasukan daripada Kementerian Dalam Negeri ke lokasi berkenaan kira-kira 2 petang tadi dan mendapati 34 individu termasuk kanak-kanak berada dalam masjid itu.

“Kita biarkan mereka selesai solat dahulu sebelum mengambil tindakan. Mereka menjaga jarak dan memakai pelitup muka semasa solat tetapi melanggar SOP berkaitan jumlah jemaah,” katanya kepada pemberita.

Berdasarkan arahan pelaksanaan aktiviti keagamaan dalam tempoh PKP Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, hanya 13 individu terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa kariah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri itu.

Katanya, daripada 34 jemaah itu, polis mengeluarkan kompaun terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Beliau berkata, pihak masjid turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana gagal memastikan pematuhan SOP.

Menurut Ahmad Shukri, beberapa lagi jemaah yang terdiri daripada orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak tidak dikenakan kompaun kerana mempunyai alasan munasabah.

Dalam pada itu, beliau berkata masih ada masyarakat yang memberi alasan atau bersikap pura-pura tidak tahu mengenai SOP walaupun situasi pandemik Covid-19 sudah berlarutan agak lama di negara ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.