`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 17, 2021

Lelaki pukul isteri hamil mengaku tak bersalah

 

Rosmaini Abd Raof, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isteri keduanya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang hamil hingga cedera parah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru sebentar tadi.

Tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 38, yang memiliki empat isteri dan bapa kepada tujuh anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela, menurut laporan Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah Nordin@Sylvester, 43, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi, 4 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sulehan kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 susulan kes berkenaan yang serius sehingga menyebabkan isteri tertuduh dilaporkan koma selain memberi pengajaran kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan terhadapnya dikurangkan kerana dia menanggung empat isteri dan tujuh anak.

Mahkamah menetapkan wang jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu mangsa.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan bagi pengurusan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa parah di kepala dan tengkorak, dengan rahang, tulang belakang serta rusuknya retak disyaki dipukul suaminya di rumah mereka pada 4 Mei lalu.

Wanita yang tidak sedarkan diri itu dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu, selepas dirawat di hospital selama 27 hari.

Usia kandungannya kini memasuki 12 minggu dan dalam keadaan baik tetapi pasukan perubatan memaklumkan mangsa mungkin hilang ingatan dan peluangnya pulih seperti biasa tipis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.