`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 24, 2021

Lori gas LPG terbakar, pemandu melecur

 

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di kawasan kilang yang dipenuhi tong-tong gas LPG itu dalam tempoh 10 minit. (Gambar Bomba)

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori melecur tahap dua selepas kenderaan yang membawa tangki gas petroleum cecair (LPG) dipandunya terbakar di kawasan kilang di Perusahaan Perai di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, dalam kebakaran 2.30 petang itu, mangsa berusia 50 tahun berkenaan diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati, kebakaran melibatkan sebuah lori lima tan yang membawa muatan tangki gas LPG.

“Kejadian tersebut berlaku di tempat mengisi gas LPG ke dalam lori di kawasan kilang tersebut dan api telah menyebabkan sebahagian besar kenderaan tersebut terbakar.

“Pemandu lori itu sempat diselamatkan dan dia melecur tahap dua pada beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di kawasan kilang yang dipenuhi tong-tong gas LPG itu dalam tempoh 10 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.42 petang.

Katanya, seramai 32 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.