`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 22, 2021

Nahas LRT bertembung, semua mangsa sudah dibenarkan pulang

 

Pada 24 Mei lalu, sebuah tren LRT tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC. (Gambar Facebook Wee Ka Siong)

KUALA LUMPUR: Individu terakhir yang dibenar keluar dari hospital susulan pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) bulan lalu sudah pulang ke rumah semalam.

Dalam hantaran di akaun Facebook hari ini, Wee berkata wanita berusia 31 tahun itu akan meneruskan rawatan rehabilitasi, pemeriksaan dan susulan yang diatur oleh pakar-pakar perubatan HKL.

Khamis lalu, seorang lelaki berusia 52 tahun yang cedera parah dalam insiden sama dibenar pulang dan kini mula menerima rawatan rehabilitasi selain rawatan susulan di HKL.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan otak yang agak parah dan mereka telah diselamatkan oleh pakar-pakar perubatan dan pembedahan HKL yang diketuai Dr Azmi Alias,” katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa menzahirkan ucapan tidak terhingga kepada Dr Azmi.

Dalam insiden pada 24 Mei lalu, sebuah tren LRT tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC menyebabkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan.

Wee berkata beliau turut menelefon keluarga kepada seorang lagi pesakit wanita berusia 26 tahun yang kini berehat di rumahnya di Parit Buntar, Perak dan kini dalam proses pemulihan.

Seorang lagi pesakit wanita yang dipindahkan dari HKL ke sebuah Pusat Perubatan swasta di Damansara untuk pembedahan bahagian rahang kini berehat di rumah dan keadaannya beransur pulih serta menjalani sesi fisioterapi.

Wee mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘unsung heroes’ di HKL.

“Tiada perkataan atau ayat yang dapat saya lafazkan kecuali ‘terima kasih dan thank you’. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua. Semoga semua pesakit sembuh sepenuhnya secepat mungkin,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.