`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 3, 2021

Pak Lebai Tak Faham Okonomi

 Yang berikut ini adalah berita tahun sudah (July 4, 2020) :



"Beliau berkata cadangan itu turut disuarakan Hadi yang menyatakan bahawa beberapa kumpulan pelabur dari Turki dan negara Timur Tengah lain boleh dibawa melabur di Malaysia."

OSTB : Ok setahun telah berlalu. Sekarang bulan Jun 2021. Di mana pelabur Timur Tengah ke, pelabur Islam ke, pelabur Turki ke? Habuk pun tak ada.

Apakah kemungkinan pelabur asing takut akan berlaku banjir besar di Kedah? Sebab kalau Kedah nak pi sekat sungai di merata tempat, nanti air sungai boleh melimpah dan banjir. 

Jangan haraplah Arab Saudi dan sekutunya UAE, Bahrain akan melabur di Malaysia sebab Duta Bawang ke Timur Tengah sudah kutuk Arab Saudi sebagai munafik, tali barut Zionis dan entah apa lagi.

Negara Islam lain seperti Somalia, Sudan masih cebuk dalam sungai yang tak ada air pun. Jadi jangan lah harap sangat mereka boleh melabur apa pun dalam negara kita. 

Turki pula hampir bankrap. Sila baca lagi.  Ada berita bergambar - bagi senang lebai nak faham. 

Yang berikut ini berita tahun sudah juga (24 Ogos 2020). Ini berita seorang thambi cuba menipu fakta pelaburan.



KL Aug 24 — Seputeh MP Teresa Kok said a minister should be PM if he can bring RM82b investments after 3 day visit to Turkey

Kok chided MP Datuk Seri Thambi for saying in Parliament today that minister’s visit to Turkey was to save the country and he brought in RM82b in investments.

  • “Does Thambi know value of RM82b?? 
  • total export of commodities in 2019 was RM114.2b 
  • palm oil exports RM59 billion
  • rubber exports RM28.1 billion.
  • impossible minister on 3 day private trip to Turkey brought RM82b  
  • especially during the MCO period,” she said.
Thambi corrected himself stating the minister brought RM82b over six-months 
Theresa called this a lie, asking Thambi to provide proof 

OSTB :  YB Theresa Kok menuduh Thambi membohong fakta pelaburan. 

Tuan-tuan yang berikut ini duit pelabur asing atau FDI yang masuk KE DALAM TURKI 2016 - 2019.

Pada 2019 FDI yang masuk ke dalam Turki tak sampai RM37 billion pun.  Tahun 2020-2021  sudah kena Covid19. 


Soalannya macam mana Turki boleh mampu melabur RM82 BILLION dalam negara kita apabila ekonomi Turki sendiri hanya mampu menarik kurang daripada RM37 BILLION pelaburan FDI ke dalam negara mereka sendiri?

Jelas sekali Dato Sri Thambi, Lebai Pendek dan Lebai Bawang tak faham apa benda pun pasal FDI. Ataupun pasal negeri Turki.

Duit Turki pula sudah jatuh merudum sejak entah tahun berapa lagi. Yang berikut adalah perbandingan Lira  Turki dengan Ringgit Malaysia. 


Lima tahun sudah setiap Lira Turki bernilai hampir RM1.60. Duit depa besar, duit kita kecik. Hari ini pula nilai satu Lira Turki sekitar 53 sen sahaja !! Duit Turki sudah jatuh TIGA KALI ganda.

Jadi Turki pun sudah dekat nak bankrap. No money.  Oops - no mani. 


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.