`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 23, 2021

Pedofilia buat onar, ‘usik’ 2 beradik jual kuih

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan polis akan mengedarkan lakaran fotofit lelaki terbabit. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua beradik lelaki dipercayai menjadi mangsa lelaki pedofilia ketika menjual kuih di kawasan pangsapuri Seksyen 19, Isnin lalu.

Dalam kejadian 9.45 pagi, dua kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis menyebabkan ibu mereka yang pelik bertanya apa yang berlaku.

Harian Metro yang memetik sumber melaporkan, seorang daripada kanak-kanak itu kemudian menceritakan mereka dihampiri seorang lelaki ketika sedang menjual kuih.

“Suspek kemudian menarik tangan mereka secara paksa sebelum melakukan perkara tidak elok kepada kanak-kanak terbabit.

“Akibat ketakutan diperlakukan seperti itu, mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri,” kata sumber itu.

Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, mengesahkan menerima laporan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan polis akan mengedarkan lakaran fotofit lelaki terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.