`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 24, 2021

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN UNTUK MELULUSKAN KEMUDAHAN MORATORIUM MENYELURUH

 My comments at the end.

 


KENYATAAN MEDIA BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG & KETUA BIRO EKONOMI PUSAT

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN UNTUK MELULUSKAN KEMUDAHAN MORATORIUM MENYELURUH 

DAN MORATORIUM SEWA DENGAN SEGERA.


1. Moratorium menyeluruh mesti diluluskan dengan segera dan dilanjutkan sehingga 

imuniti berkelompok dicapai sebelum lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup, lebih 

ramai rakyat dibangkrapkan dan dalam situasi terdesak, ramai yang membunuh diri.


2. Ramai rakyat dan perniagaan dinafikan Moratorium bersasar kerana mereka perlu 

memohon dengan menyediakan berbagai maklumat, dokumen dan bukti.


3. Kami memandang serius kenyataan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk 

Ameer Ali Mydin melaporkan Majoriti peniaga-peniaga sektor peruncitan di negara ini 

terutama peniaga Melayu sudah ‘hampir mati’ selepas kerajaan melaksanakan 

pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0


4. Kami mengambil maklum dan menyokong penuh permintaan Gabungan 140 NGO-NGO, 

Dewan-Dewan Perniagaan supaya Moratorium ini ditawarkan secara automatic untuk 

semua fasiliti bank (individu dan syarikat termasuk kad kredit, overdraf, pinjaman kereta,  pinjaman rumah dan lain-lain), fasiliti Kredit dan ‘Leasing’ atau pajakan. 


5. Kami amat risau situasi kritikal peniaga-peniaga mikro, industri kecil dan sederhana yang ‘sudah nak mati’ dan berpendapat bantuan ‘Moratorium menyeluruh’ ialah bantuan yang sangat diperlukan padasaat ini.


6. Kami amat faham tekanan emosi yang dialami oleh seorang wanita yang kehilangan pekerjaan, dihalau keluar dari rumah yang disewa dan cuba untuk membunuh diri dan percaya ramai yang berada di dalam situasi seperti wanita tersebut. Kami bimbang cubaan membunuh diri akan lebih berleluasa

7. Dalam 5 bulan pertama tahun ini, 53 kes bunuh diri dilaporkan di Pulau Pinang manakala jumlah kes bunuh diri di seluruh Malaysia meningkat lebih 20% dan punca utama merupakan beban hutang.

8. Kami juga menerima banyak laporan melalui sesi lapangan kami bersama rakyat bagaimana susahnya usahawan dan peniaga untuk memohon moratorium dari Bank. Butir-butir, maklumat dan dokumen yang diminta oleh Bank menyukarkan keadaan.  Pemohon sudah parah dan di himpit lagi dengan berbagai permintaan oleh Bank.

9. Rakyat yang sedang susah tidak patut dibebankan lagi dengan proses-proses untuk  memohon moratorium pinjaman. Moratorium pinjaman boleh ditawarkan oleh institusi Bank tanpa bajet tambahan dari kerajaan.

10. Malah semua Bank merekodkan pertumbuhan keuntungan semasa pandemik dan ini membuktikan prestasi Bank tidak terjejas berbanding situasi kebanyakan individu dan perniagaan yang sudah hampir muflis.

11. Selain dari bantuan moratorium pinjaman, kami juga menggesa kerajaan untuk menyalurkan bantuan Moratorium Sewa seperti yang diluluskan di United Kingdom sehingga bulan Mac 2022, memberi pengurangan bayaran utiliti dan pilihan untuk rakyat mengeluarkan wang simpanan KWSP. 

12. Kerajaan juga telah membelanjakan wang simpanan negara KWAP di atas rasional keperluan. Dalam keadaan terdesak, rakyat juga patut diberi pilihan.

13. Perbelanjaan tertinggi untuk setiap isirumah ialah perbelanjaan untuk membayar pinjaman (Samada pinjaman kereta, kad kredit atau pinjaman rumah) dan pembayaran sewa. Kedua-dua perbelanjaan ini menelan lebih setengah dari pendapatan isi rumah.

14. Bayangkan beban perbelanjaan isirumah tanpa pekerjaan tetap atau apabila perniagaan tidak beroperasi.

15. Moratorium menyeluruh untuk semua pinjaman dan Moratorium sewa dapat membantu rakyat bernafas lega dalam melalui krisis terbesar dunia. 


DATO’ WIRA HJ AMIRUDDIN HAMZAH ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Setiausaha Agung (Penaja) Parti PEJUANG Tanahair 

Ahli Parlimen Kubang Pasu Parti PEJUANG Tanahair

Mantan Timbalan Menteri Kewangan


Armin Baniaz Pahamin Ketua Biro Ekonomi Pusat (Penaja)


My comments :

Memang pun dalam keadaan pandemik Covid dan krisis ekonomi yang paling teruk yang seluruh dunia sedang mengalaminya, pihak bank, terutama sekali bank-bank GLC yang dibiayai duit rakyat sendiri berlagak lebih kedekut daripada Shylock ia itu watak Ah Long Yahudi dalam drama Shakespeare. 

Mengikut laporan bank sendiri kebanyakan bank berjaya mendapat untung berbilion Ringgit (jumlahnya) untuk tiga bulan pertama 2021 sahaja (1st quarter 2021). 

Syarikat GLC lain pula sedang mengira bayaran bonus dan kenaikan gaji bagi pekerja, CEO dan para ahli Lembaga Pengarah pada waktu rakyat sedang bercekik darah.  Bukan saja GLC adalah syarikat kepunyaan rakyat negara ini tetapi mereka masih kaut untung besar daripada kedudukan monopoly dan oligopoli mereka.

(Sebagai contoh) kita tidak perlu mengulangi bahawa industri perbankan adalah amat terhad bilangan banknya di mana lesen bank di kawal ketat  dan diberi keutamaan kepada bank GLC.  GLC adalah syarikat yang dibiayai duit rakyat yang sekarang sedang nazak dalam kesempitan ekonomi.

GLC lain pula yang pegang monopoli dalam bekalan tenaga, telefon, minyak dan gas, lebuhraya tol, impot kereta, bahan makanan dsbnya tetap meraih keuntungan besar padahal segala kewujudan dan keperluan syarikat GLC itu dibiayai dengan wang rakyat. 

Ini adalah waktu yang paling genting bagi rakyat kita, di mana rakyat marhaen dalam keadaan hampir pupus duit, makanan, peluang kerja dan tempat tinggal. 

Aneh sekali pada masa rakyat marhaen terpaksa korbankan hampir segalanya, pihak Bank dan syarikat GLC monopoli pula masih boleh berseronok mengira duit dan keuntungan berbilion-bilion mereka.

Keadaan begini memang tidak betul dan tidak baik bagi negara kita.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.