`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 27, 2021

Pekerja warga Bangladesh maut digilis traktor

 

Ketua Polis Daerah Jelebu Maslan Udin berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dilanggar traktor yang menggelongsor ke belakang dalam kejadian di ladang pertanian di Jalan Kuala Klawang/Genting Peras, dekat Seremban.

Ketua Polis Daerah Jelebu Maslan Udin berkata mangsa berusia 33 tahun yang juga penumpang traktor itu, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku pada kira-kira 8.45 pagi ketika traktor tersebut dalam perjalanan menghantar racun ke tapak pertanian dan melalui kawasan bukit bercerun apabila enjin jentera berkenaan tiba-tiba mati dan menggelongsor ke belakang.

Mangsa yang duduk di bahagian belakang traktor bertindak melompat keluar untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat mengelak dan dilanggar oleh jentera itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pemandu traktor warga tempatan berusia 33 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.