`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 2, 2021

Penerbangan 16 Pesawat "Cargo' China Adalah Warning Kepada Singapura

 


16 pesawat tentera udara China yang menghampiri ruang udara Malaysia baru ini semuanya adalah pesawat cargo atau freighter atau pun troop carrier yang boleh mengangkut pasukan askar berserta weapons mereka.  

16 pesawat itu termasuk jet gergasi jenis Ilyushin IL 76 (kiri) dan pesawat gergasi Y-20 buatan China sendiri (kanan). Pesawat gergasi seperti ini mudah dikesan oleh radar.



Ikut laporan media 16 pesawat itu telah terbang mengikut formation 'sebaris' (straight line formation) dengan jarak 60 batu antara 16 pesawat itu. Oleh kerana pesawat ini adalah pengangkut cargo maka kelajuannya adalah sederhana. 

Maka jelas sekali 16 pesawat China itu tidak berniat untuk mengelak daripada dikesan oleh radar Singapura atau Malaysia. Dan memang pun radar Singapura turut mengesan pesawat China itu dan telah nasihatkan TUDM di Sarawak.


Jadi apakah niat China untuk menghantar 16 pesawat gergasi mengikut flight path secara slow and steady yang pasti akan dikesan oleh radar Singapura dan Malaysia? Amat mustahil bahawa 16 pesawat itu hanya menjalankan operasi 'Flight to nowhere'.

Jawapannya mungkin terletak pada laporan berita berikut daripada South China Morning Post :




  • US Navy proposal raised eyebrows 
  • observers say plan is ‘trial balloon’ 
  • unlikely to garner immediate regional support
Washington’s out-of-the-blue proposal to base navy fleet in Singapore
Locating US naval base in Singapore tricky proposition 
given Singapore's efforts to not take sides between China and US
unilateral “trial balloon” unlikely to garner support from the region 
Asian countries welcome America as vital hedge against China
new permanent US base would cause much more alarm in neighbourhood 
Singapore’s defence ministry said no fresh talks on US warships 

OSTB : Pada tahun 2020 Amerika telah mencadangkan untuk menjadikan Changi Navy Base di Singapura sebagai pangkalan tentera laut mereka yang tetap, serupa Subic Bay dulu di Filipina.  

Apa yang ramai orang tidak tahu - tetapi China sudah lama tahu - ialah Changi Navy Base di Singapura sudah lama menjadi pangkalan tentera laut "temporary" bagi Amerika Syarikat.

Kapal induk aircraft carrier, kapal perang dan submarin Amerika sudah lama berlabuh di Singapura untuk mengisi segala keperluan kapal yang boleh didapati di Singapura. 



Cuma cadangan baru ialah bagi US Navy wujudkan armada tentera laut baru dikenali sebagai US 1st Fleet yang khusus akan berpangkalan di Singapura.  Jika Amerika Syarikat berpangkalan di Singapura maka US Navy boleh mengancam laluan perkapalan di Selat Melaka dan Laut China Selatan dan ini akan menjadi ancaman besar kepada kepentingan strategik negeri China.

Mungkin idea ini masih berlegar dalam pemikiran strategik Amerika Syarikat. Maka berlakulah operasi 'Flight to nowhere' oleh 16 pesawat tentera udara China kelmarin. 

China juga ingin menunjukkan bahawa jika 16 pesawat cargo mereka boleh tembusi ruang udara negara ASEAN maka tidak mustahil bagi jet pejuang canggih kepunyaan China seperti Chengdu J20 stealth fighter yang mempunyai kelajuan yang jauh lebih tinggi boleh juga memasuki ruang udara kita. 


Cadangan saya ialah tidak perlu bagi Singapura melayan tentera laut Amerika Syarikat, tentera laut British atau Australia.  Mereka lah samseng yang sebenarnya.

Lebih baik kita berbaik dengan jiran-jiran terdekat kita dan kita memberi jaminan kepada jiran-jiran kita bahawa tanah dan daerah kita tidak akan dijadikan pangkalan tentera  asing yang berpotensi menyerang jiran kita.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.