`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 21, 2021

Pengasuh taska didakwa dera kanak-kanak

 

Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan penderaan ke atas kanak-kanak berumur setahun lapan bulan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa. (Gambar Bernama)

SEPANG: Seorang pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sebuah hospital di Serdang pada 8 Jun lepas.

Nur Fatin Nabila Azmi, 23, didakwa dengan sengaja melakukan penderaan ke atas kanak-kanak berumur setahun lapan bulan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa. Tuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Noor Hisham Ahmad Jaafar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kita 10.30 pagi di sebuah pusat taska di kediaman kakitangan Hospital Serdang, Jalan Puchong, Kajang.

Terdahulu timbalan pendakwa raya Aiza Ali Raman menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Hakim Noor Hisham membenarkan ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 dengan mengambil kira faktor tanggungan tertuduh yang mempunyai ibu bapa uzur dan menghidap penyakit kritikal.

Mahkamah menetapkan 26 Julai tarikh sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.