`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 14, 2021

PM ucap tahniah kejayaan ‘Damok’ di Sepanyol

 

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan sama kepada seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan itu yang membanggakan negara. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: “Tahniah Damok!”, ucapan itu pastinya menggembirakan dan membanggakan buat pelumba muda negara, Syarifuddin Azman kerana ia dizahirkan oleh pemimpin nombor satu negara, Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata kejayaan Syarifuddin, 19, atau lebih dikenali sebagai Damok menjuarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam cukup membanggakan.

“Syabas Anak Muda. Tahniah Malaysia. Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya apabila muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia semalam,” katanya.

Muhyiddin berkata hanya melalui keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara.

Selain mengucapkan tahniah kepada Syarifuddin, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan sama kepada seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan itu yang membanggakan negara.

“Teruskan usaha untuk kejayaan yang lebih gemilang selepas ini,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #MalaysiaPastiBoleh.

Syarifuddin, yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat meninggalkan dua peserta tuan rumah David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz masing-masing di tempat kedua serta ketiga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.