`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 9, 2021

Ramai juga "golongan yang sikit" yang buat kerja syaitan

 Kes No. 1 



  • Kota Bharu: polis 29 tahun ditahan rogol ibu tunggal di bilik IPD Sabtu 
  • berlaku 3 petang ketika mangsa 27 tahun dibawa ke bilik suspek 
  • mangsa ditangkap bersama bekas suami serbuan Narkotik IPD Kota Bharu
  • wanita dan bekas suaminya direman di lokap Pengkalan Chepa 
  • Suspek pegawai penyiasat mengendalikan kes berkenaan
  • suspek kata kes boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya 
  • suspek buka pakaian mangsa dan memaksa wanita lakukan seks 
  • Ketua JSJ Kelantan mengesahkan kejadian itu
  • suspek ditahan reman empat hari 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Kes No. 2



KL : 3 police officers, constable among 32 detained in “wild party” 

  • one inspector with Bukit Aman Dept of Integrity, Compliance Standards
  • one deputy superintendent, Selangor police HQ
  • another inspector with narcotics Penang
  • one constable stationed in Jinjang
one of them organised party, eight foreigners, 18 women
Reservations made RM500 - RM700 per night
questions how hotel allowed bookings during lockdown – all hotels closed
FMT has reached out to KL police chief

My comments :

Sudah tentu bahawa majoriti Polis buat kerja dengan betul. 

Polis yang buat kerja-kerja syaitan seperti ini paling sikit. 

Tetapi hampir setiap hari tersiar juga berita golongan "yang sikit" ini terlibat itu dan ini. Ramai juga golongan 'yang sikit' ini.

Ok how to overcome this problem? Macam mana cara untuk mengatasi masalah ini?

Dalam al Quran mungkin ada sedikit cadangan : 

Surah 59:13 Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu karena mereka adalah kaum yang tidak mengerti.

Mereka tidak takut kepada Allah. Atau takut pun sedikit saja. Mereka lebih takut kepada manusia. Memang pun ini adalah saikoloji ramai manusia. Ramai manusia lebih takut malu depan manusia daripada takut malu depan Allah.

Jadi kursus unsur agama, sembahyang, zikir, "mengaji" Quran dsbnya yang bertujuan meningkatkan 'takut kepada Allah' mungkin tidak akan beri kesan yang diharapkan. 

Tetapi Polis boleh menggunakan saikoloji 'takut kepada manusia' ini untuk melatih dan membimbing keseluruhan pasukan Polis untuk senantiasa ikuti jalan yang lurus.  

SOP di pusat-pusat latihan Polis mesti menekan dan mengajar 'case study' dan 'case files' contoh-contoh pelbagai kesalahan dan jenayah yang  melibatkan pegawai Polis serta akibat buruk daripada kesalahan mereka yang akan menimpa diri-diri mereka dulu. Maksudnya mereka dan se-isi keluarga mereka akan terpaksa tanggung malu jika mereka dipenjarakan, hilang jawatan, hilang pencen dsbnya.

Polis juga tidak boleh lagi mengambil jalan mudah 'internal discipline' atau disiplin dalaman PDRM bagi kes yang melibatkan jenayah.  Sebarang kes yang melibatkan jenayah mesti disiasat sebagai kes jenayah dan hasil siasatan mesti diserah kepada Peguam Negara (AGC) untuk didakwa di mahkamah jenayah (Criminal Court). 

Saya hairan juga cadangan bahawa jabatan tertentu seperti jabatan integriti Polis boleh menangani kes salahlaku oleh pegawai Polis yang sebenarnya adalah kes jenayah. Perselisihan terbuka antara Ketua Polis Johor dan pegawai Polis Bukit Aman dalam isu 'kartel' baru ini adalah satu contohnya. 

PDRM tidak mempunyai pilihan lain. PDRM mesti ketatkan dan meningkatkan tindakan jenayah terhadap pegawai yang menyalahi undang-undang negara. 

PDRM juga mesti ketatkan SOP dalaman untuk mengelak perbuatan unsur jenayah oleh Pegawai Polis daripada BOLEH berlaku. PDRM mesti pro-aktif. Pro-aktif maksudnya PDRM mesti ambil pendekatan 'good guys can become bad guys' di mana semua pegawai Polis dianggap berpotensi melakukan kesalahan jika tidak dikawal disiplin serta SOP yang ketat. 

Contohnya dalam kes di IPD Kota Bharu, pegawai yang terlibat telah merogol wanita itu dalam bilik siasatan di IPD Polis pada jam 3 petang.  Ke mana perginya pegawai Polis yang lain yang turut bertugas pada waktu itu?  Takkan tidak ada pegawai lain yang bertugas di bilik sebelah-menyebelah. Jadi apakah yang telah berlaku sebenarnya? 

Kalaulah jawapan Polis ialah mereka telah mengikuti semua SOP, habis macam mana pula boleh berlaku kes seperti ini? 

Dan bagaimana pula pada hari lain, di IPD lain? Kalau inilah tahap SOP yang telah diikuti apakah jaminan kes yang serupa tidak akan berulang pada lain hari di IPD yang lain? 

Tuan-tuan ia menjadi makin jelas bahawa PDRM mungkin tidak berupaya mengatasi sendiri terlalu banyak masalah Polis yang sering timbul dalam media - seperti dua kes di atas. Dan terlalu banyak kes yang telah muncul sebelum ini, terutama sekali kes rasuah.

Saya juga tidak yakin jabatan tertentu seperti Jabatan Integriti ataupun Polis Commission dsbnya boleh mengatasi masalah PDRM jika orang yang terlibat untuk membaiki keadaan adalah pegawai PDRM juga atau pun bekas Pegawai PDRM. Pendek kata 'kita perlu mencari orang lain untuk membaiki labu'.  

Yang lebih penting ialah Kerajaan yang sangat tipis populariti dan majoritinya sendiri mesti faham bahawa terlalu banyak kes yang melibatkan pegawai Polis mencerminkan "kegagalan" juga. It is yet another failure - terutama sekali bagi persepsi umum dan reputation terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin. 

Dan masalah ini bukan isu besar yang tidak boleh di atasi. Polis trafik boleh cegah pemandu daripada melanggar lampu merah. Begitu juga Polis boleh mencegah rakan sejawat daripada melanggar undang-undang.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.