`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 18, 2021

Saringan bersasar pekerja punca kes Covid-19 di Negeri Sembilan cecah 4 angka

 

Saringan bersasar pekerja sektor perindustrian di Seremban menjadi penyumbang utama lonjakan kes Covid-19 di Negeri Sembilan semalam.

PETALING JAYA: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Negeri Sembilan yang melonjak sehingga mencecah empat angka semalam berpunca daripada saringan bersasar oleh majikan terhadap pekerja, khasnya dalam sektor perindustrian, selain saringan ke atas kontak rapat dan individu bergejala.

Negeri Sembilan merekodkan 1,086 kes positif Covid-19 dan 10 kematian semalam, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 36,194 kes.

Menteri Besarnya, Aminuddin Harun berkata, saringan bersasar dilakukan majikan sektor perindustrian di Seremban menjadi penyumbang utama lonjakan kes Covid-19 di Negeri Sembilan.

Daripada keseluruhan kes yang dilaporkan semalam, katanya, 41% dikesan hasil saringan kontak rapat, kluster aktif (36%) dan kes sporadik (23%).

”Bagi kes di bawah kluster sedia ada, 78% daripadanya melibatkan pekerja di sektor perindustrian, pusat jagaan khas (13%) dan 9% lagi melibatkan komuniti.

“Kes sporadik melibatkan saringan pekerjaan atau bergejala terhadap pekerja dalam sektor perindustrian,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan semalam.

Aminuddin berkata, peningkatan kes itu juga hasil saringan kontak rapat oleh Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan Covid-19 di negeri itu.

Beliau menyarankan orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri, terutama ketika perintah kawalan pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di dalam negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.