`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 12, 2021

Suami isteri direman kerana maki hamun, halang tugas polis

 

PETALING JAYA: Polis menahan sepasang suami isteri yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat pada kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan di sini.

Malah mereka turut menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu dalam kejadian Rabu lalu itu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman berkata, anggotanya yang menjalankan pemantauan menahan kenderaan suspek di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan, jam 7.26 malam.

Katanya, ketika pemeriksaan itu, suspek wanita berusia 42 tahun terbabit merampas dokumen suaminya yang juga warga Pakistan berusia 33 tahun dari tangan anggota polis.

“Wanita itu turut mempersoalkan pemeriksaan yang kami buat,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, beliau berkata, kedua-duanya direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, tular rakaman video selama satu minit 59 saat menunjukkan seorang wanita memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya ditahan untuk pemeriksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.