`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 24, 2021

Tidak relevan, Tak guna, Tidak boleh diharap

 Tidak relevan,  Tak guna,  Tidak boleh diharap







Inilah keadaan sebenar saf pimpinan yang ada dalam negara kita hari ini.

Dan keadaan tidak relevan dan tidak berguna ini akan bersambung dan berpanjangan untuk begitu lama juga. Sebab apa yang kita sedang nampak depan mata hari ini adalah satu pengumpulan atau penjumlahan  atau accumulation daripada kebodohan selama 50 tahun sudah.

This is what you have created. This is what you get. 

Apabila orang putih meninggalkan negara kita pada 1957, mereka telah meninggalkan banyak juga sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang telah berfungsi dengan baik juga.  Mereka telah meninggalkan hardware dan software yang berfungsi dengan baik. 

Sistem ekonomi bebas, sistem pengangkutan, sistem pentadbiran, sistem pendidikan, sistem kesihatan, Polis, Tentera dan banyak lagi yang semuanya berfungsi dengan baik. Softwarenya juga berfungsi dengan baik.

Jadi kedua software dan hardware berfungsi dengan baik. 

Cuma kuantiti atau bilangan hardware yang diwujudkan orang putih sangat sedikit dan tidak cukup untuk negara merdeka dengan bilangan penduduk yang makin bertambah.

Kita cuma perlu tambahkan lagi secara fisikal kemudahan dan keperluan penduduk negara - dan memang pun kita telah berjaya menambahkan sekolah, hospital, universiti, jalan raya, lebuhraya, kawasan perumahan, industri, bandar baru, bandar gergasi dan banyak lagi. Kita telah menambahkan "hardware" untuk menampung keperluan jumlah penduduk yang bertambah. 

Dan kita masih menggunakan 'software' daripada awal yang telah begitu berkesan dan telah banyak 'produce results' bagi kita. 

Tetapi malang sekali muncul satu gerombolan tikus perosak, daripada species "politikus" yang telah mula "repair" software-nya yang sebenarnya tidak rosak pun. Politikus mula membaiki labu. Labu yang semestinya sudah cantik, elok dan molek. 

Jadi mulalah politikus-politikus yang tidak pernah faham apa pun berkenaan apa pun tiba-tiba membawa cadangan kuda liar (mereka juga kahwin inter-species) untuk "membaiki" sistem pendidikan negara "mengikut acuan kepala hotak kosong" mereka. 

Politiikus yang tidak tahu apa bendanya ekonomi atau bisnes, dan tiada pengalaman ekonomi dan bisnes tiba-tiba membawa cadangan sistem ekonomi yang tidak pernah tertulis atau tercatit dalam mana-mana buku atau kitab ekonomi dalam dunia ini.  Mereka telah mengimpot idea daripada kekosongan 'outer space' dalam otak mereka. Otak yang kosong membawa vacuum yang kosong untuk mengisi keperluan masyarakat dan negara yang menghadapi pelbagai cabaran, rintangan dan (most important) persaingan hidup. 

Politikus yang berserban pula menjual air liur dan cerita karut-marut untuk menipu orang kampong. Kemudian daripada kampong mereka berjaya menipu orang di bandar sekali. 

Sebab politikus lain telah merosakkan labu sehingga tidak ada beza peluang hidup di kampong dan di bandar. Keduanya rosak. 

Jadi tibalah kita kepada hari ini - hari yang makin kurang mulianya. Hidup menjadi makin susah. Dan percayalah kehidupan kebanyakan rakyat kita akan menjadi semakin susah.

Kecuali mereka yang membeli jam tangan RM900,000 sebiji - dengan menggunakan wang yang mereka "meraihnya" daripada saku rakyat.

Kecuali mereka yang sudah mendapat "untung" daripada menjual ambulan dengan harga beberapa kali ganda harga pasaran, sekali lagi duit yang mereka "meraihnya" daripada saku rakyat. Mereka semua kaya.

Kecuali mereka yang duduk dalam mahligai-mahligai besar yang boleh dilihat oleh Google Maps yang mereka membinanya dengan menggunakan duit daripada saku rakyat.

Kecuali mereka yang menelan gaji berpuluh ribu Ringgit sebulan sekali lagi daripada duit saku rakyat. Mereka ini semua ok.

Politikus memakan labu kepunyaan rakyat. Labu kita makin terlopong dan ternganga.

Kenapa kita rela politikus membaiki labu? Kita perlukan ubat tikus.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.