`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 7, 2021

CITF nafi wanita bergelang ‘pink’ bawa ibu ke pusat PPV

 

CITF mengingatkan penerima vaksin berjadual tidak hadir ke PPV sehingga keputusan ujian saringan Covid-19 sah negatif. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menafikan seorang wanita bergelang merah jambu membawa ibunya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) hari ini.

CITF bagaimanapun menjelaskan, hanya terdapat seorang individu yang mempunyai janji temu hadir di MIECC, yang mengetahui dijangkiti Covid-19 selepas sampai di pusat PPV itu.

“Dia hanya mengetahui dirinya positif Covid-19 setelah sampai di sana apabila dihubungi oleh pusat perubatan yang menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.

“Pihak pengurusan MIECC telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengasingkan wanita tersebut,” katanya.

CITF berkata aktiviti sanitasi menyeluruh juga terus dibuat oleh pihak bomba dan operasi PPV disambung semula sejurus sahaja urusan sanitasi selesai.

“Kami ingin mengingatkan semua penerima vaksin berjadual untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV sehinggalah keputusan ujian saringan Covid-19 sah negatif,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.