PETALING JAYA: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenan solat Jumaat dan solat Aidiladha ditunaikan secara berjemaah di masjid dan surau di negeri itu yang dibenarkan buka sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), dengan bilangan jemaah terhad.
Sultan Johor bertitah, bilangan jemaah bagi semua masjid dihadkan kepada 50 orang, termasuk pegawai masjid serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah yang telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 kecuali imam, bilal dan noja yang bertugas.
Bagi surau sementara pula, bilangan jemaah dihadkan kepada 20 jemaah, dengan syarat sama.
Ini dapat dilaksanakan bermula Jumaat ini sehingga tarikh ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Solat jenazah pula, bagi bukan kes Covid-19, dibenarkan dengan had 20 orang jemaah, sementara majlis pengebumian dapat dijalankan dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang, tidak termasuk petugas tanah perkuburan.
“Aktiviti ziarah tanah perkuburan dalam tempoh PKP adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP.
“Jabatan Agama Islam Negeri Johor, polis, Jabatan Kesihatan Negeri Johor hendaklah membuat pemantauan SOP masjid dan surau.
“Masjid dan surau yang didapati melanggar SOP hendaklah ditutup,” titahnya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.