`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 21, 2021

‘Saya rela masuk mahkamah dari masuk PN,’ kata Syed Saddiq

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan kesediaan didakwa di mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional.

“Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional. Jumpa di Mahkamah KL esok 8 pagi dan secara langsung di Facebook, Instagram 8a malam untuk pendedahan saya,” katanya di Twitter.

Bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut untuk didakwa di mahkamah jika tidak serta Perikatan Nasional (PN).

Kenyataannya itu susulan laporan bahawa seorang bekas menteri akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok berkenaan satu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BERITA LANJUT MENYUSUL -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.