`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 21, 2021

Sindiket paut mangsa muda, edar dadah percuma untuk pelajar, kata menteri

 

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Francis Harden Hollis berkata perkara itu membimbangkan kerana pelajar adalah sasaran yang mudah. (Gambar Facebook)

KUCHING: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Francis Harden Hollis hari ini mendedahkan ada sindiket di negeri ini yang mengedar dadah secara percuma kepada pelajar sekolah sebagai taktik menjebak mereka menjadi penagih.

Tanpa mendedahkan secara terperinci kegiatan sindiket berkenaan, beliau berkata situasi tersebut cukup membimbangkan kerana pelajar sekolah merupakan sasaran yang mudah.

“Dia (pelajar sekolah) diberi percuma dulu, sudah pandai, dia sudah seronok, dia mahu beli lagi, kalau tidak ada bekalan dia akan cari (dadah dari sindiket berkenaan),” katanya dalam sidang media bagi membentangkan laporan berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya pelajar yang sudah ketagih kemudiannya akan meminta duit daripada ibu bapa bagi membeli bekalan dadah dan ada yang terus berhenti sekolah.

Katanya Sarawak merekodkan sebanyak 4,259 tangkapan membabitkan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Januari lalu dengan daerah Kuching mencatatkan tangkapan tertinggi seramai 1,157 orang.

“Ini diikuti daerah Bintulu dengan seramai 392 orang, Sibu 329 orang, Samarahan 325 orang dan Miri 317 orang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.