PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 55 tahun terperangkap bersama 27 kucing selepas suaminya mengunci pintu pagar rumah dan membawa bersama kunci itu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Iszahwati Supardi, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.40 pagi tadi.
Katanya, wanita itu memaklumkan terpaksa memanggil bomba untuk membantunya keluar dan lapan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
“Anggota bertindak memotong kunci mangga pintu menggunakan ‘bolt cutter’.
“Mangsa berjaya diselamatkan sebelum operasi diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.- FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.