`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 24, 2021

Tiada peserta konvoi ‘Benderah Hitam’ ditahan, kata polis Temerloh

 

Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, bukan sahaja tiada tangkapan dibuat, kelibat konvoi kenderaan membawa bendera hitam juga tidak kelihatan di Temerloh hari ini.

PETALING JAYA: Polis di Temerloh, Pahang menafikan ada individu yang menyertai konvoi “Bendera Hitam” ditahan di daerah itu seperti didakwa Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR).

Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, bukan sahaja tiada tangkapan dibuat, kelibat konvoi kenderaan membawa bendera hitam juga tidak kelihatan di daerah itu hari ini.

“Hari ini, kita siap sedia sahaja (pantau jika ada konvoi kenderaan bendera hitam),” katanya kepada FMT.

Terdahulu, SSR dilaporkan berkata, tiga individu dipercayai ditahan polis di Temerloh kerana menyertai konvoi kenderaan “Bendera Hitam” di seluruh negara sebagai membantah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan itu yang juga penganjur konvoi terbabit berkata, bantuan guaman akan segera disediakan kepada tiga individu terbabit.

Ia turut menjangkakan lebih 100 kenderaan berkonvoi di seluruh negara bermula 11 pagi hingga 5 petang tadi dan mendakwa lima konvoi di negeri lain diganggu polis.

“Bilangan kenderaan yang berkonvoi lebih besar sekiranya tiada intimidasi daripada polis di beberapa kawasan. Konvoi telah diganggu polis di Cyberjaya, Manjung, Melaka, Quayside Mall di Kuala Langat dan Kuching,” katanya dalam kenyataan petang tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.