`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 19, 2021

72 kematian baharu Covid-19, Johor tertinggi

 

Johor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu 18 kes.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 72 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 9 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 27,993.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 18 kes, diikuti Sarawak (13), Kedah (sembilan), Pulau Pinang (tujuh), Sabah (lima), Kelantan (empat), Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga), Melaka, Pahang dan Selangor (masing-masing dua), serta Perlis (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 89,173 kes aktif dilaporkan, termasuk 679 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 347 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 8,435 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,396,121. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.